Isu: Kesulitan untuk dail ke Internet dengan modem USB.

Solusi:

  1. Klik OK, dan cuba dail semula.
  2. Jika kotak dialog “Network Connection” muncul semula, eject flash memory (jika ada bersama modem) dan keluarkan modem dari port USB.
  3. Pasangkan semula modem ke port USB.
  4. Apabila modem aktif, dail semula.

Root cause/Punca:

Modem idle (kenapa idle, itu kenalah tanya manufacturer).

Share on Facebook
 

PC vs Mac

On August 18, 2010, in Mac OS X, by admin

Jika sesiapa berminat untuk mendapatkan sebab-sebab PC lebih bagus dari Mac, saya cadangkan link ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan sebab-sebab Mac lebih bagus dari PC, saya cadangkan link ini.

Jika ditanya PC atau Mac, mana lebih bagus? Saya akan kata ia terpulang kepada apa yang ingin kita buat dengan komputer. Jika anda perlukan komputer untuk tugasan/kegunaan yang melibatkan AutoCAD, jawapannya tentulah PC (Windows). Beza utama PC dan Mac ialah OS (Operating System). Kita secara lazimnya tak gunakan OS secara terus, kita gunakan perisian yang berkaitan dengan tugasan/keperluan kita yang dijalankan di atas OS. Jika kita berkehendakkan Xcode, tentulah Mac. Jika kita cuma perlukan komputer untuk surf Internet, tak perlulah membazir beli Mac yang mahal, memadailah dengan PC.

Dari segi fizikal, reka bentuk Mac lebih menarik berbanding PC. Tapi “menarik” itu ialah suatu yang subjektif. Mac cuma didatangkan dalam 3 warna, hitam, putih dan perak. Yang terkini cuma ada dua warna. Samada putih atau warna perak. Sedangkan PC, segala macam rupa pun ada.

Secara umum, saya lebih suka mengatakan PC lebih baik berbanding Mac kerana market share PC lebih besar berbanding Mac. Saya lebih mencadangkan sesiapa yang bertanya kepada saya supaya menggunakan PC berbanding Mac melainkan beliau mempunyai sebab yang tertentu untuk memiliki Mac.

Tepuk dada, tanya selera. Dan kocek juga….

Share on Facebook
 

Apple Support yang malas

On August 15, 2010, in Mac OS X, by admin

Terdapat beberapa komplen dari pengguna tentang MacBook Pro yang mengalami kepanasan tak munasabah ketika run Windows XP menggunakan BootCamp. Antaranya turut di-post di Apple Support : Macbook Pro unibody gets very hot under Win XP.

Dan selepas beberapa reply, post ini ditandakan sebagai answered, sedangkan masalah masih belum selesai. Ini kerja orang malas.

Share on Facebook
 

iSeries Basic System operations V5R3

On August 10, 2010, in Uncategorized, by admin

Manual asas untuk pengendalian IBM AS400 a.k.a iSeries; bukan versi terkini, tapi masih begitu rancak dilarikan di kebanyakan mesin iSeries.

Klik di sini.

Share on Facebook
 

DiGi Internet

On August 10, 2010, in Internet, Mac OS X, by admin

Keperluan untuk akses Internet di lebih banyak tempat menuntut penggunaan wireless broadband, dan aku akhirnya memilih DiGi sebagai capaian kedua. Maknanya ketika di rumah ada dua pilihan; Streamyx dan DiGi. Sementara di luar rumah, masih ada DiGi.

Jadi, dapatlah dibandingkan kedua-duanya. Keputusannya, dari segi kelajuan Streamyx masih juara.

Share on Facebook
 

Karpov vs Kasparov

On August 8, 2010, in Uncategorized, by admin

Share on Facebook
 

Gabenor Kufah yang Zuhud

On August 6, 2010, in Uncategorized, by admin

Dr. Aidh Abdullah al-Qarni menerusi kitabnya Ila Allazina Asrafu ‘ala Anfusihim menukilkan kisah sifat zuhud dalam kalangan para sahabat antaranya Salman al-Farisi.

Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya.

Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab: “Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku, ‘Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir.’” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Selepas mengucapkan sabda Rasulullah s.a.w yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya, “Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini beserta isinya.”

Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali:

  1. Sebatang tongkat untuk berjalan.
  2. Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.
  3. Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan pelbagai kegunaan harian.

Maka mereka bertanya Salman: “Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu terhadap tiga benda ini sahaja.”

Salman menjawab: “Itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah s.w.t terhadap tiga benda yang aku miliki ini.”

Subhanallah! Inilah kesempurnaan zuhud yang hanya mampu dicapai oleh mata hati yang sentiasa muraqabah terhadap penciptanya. Ia akan terbentuk apabila insan melihat dunia ini dengan pandangan hakiki. Wallahu ‘alam.

(Petikan dari Solusi Isu#22 halaman 35)

Share on Facebook
 

Komputer berasaskan PC biasanya menggunakan BIOS sebagai firmware. Sebahagian yang lain menggunakan EFI. Untuk versi Mac keluaran Apple ialah EFI atau SMC. SMC tak sempurna, masih ada kekurangan hingga ada masanya perlu di-reset.*

http://support.apple.com/kb/HT3964?viewlocale=en_US

* Komputer Mac tak ada butang reset tapi masih perlu reset. Nampaknya tak lah pandai mana pun…

Share on Facebook
 

Parallels Desktop

On August 3, 2010, in Mac OS X, by admin

Install Windows dalam Mac tanpa BootCamp. Method terdahulu saya gunakan VirtualBox. OK. Kali ni saya gunakan Parallel. Boleh switch Mac/Windows macam selak helaian mukasurat.

Share on Facebook
 

Selagi Ada Rindu

On August 3, 2010, in Uncategorized, by admin

Perjalanan balik ke kampung dengan kereta yang sarat dengan keluarga beberapa hari lepas dihiburkan oleh adik ipar bongsu, Aus dengan lagu ni. Selagi Ada Rindu, nyanyian Pak Long.

Boleh tahan juga suara Aus, terhibur bila dia ulang-ulangkan lirik “Selagi ada waktu…. Selagi ada rindu… Biar beribu batu… Ingin aku bertemu…” Nyanyian Aus buat aku terhibur.

Share on Facebook