Karya: Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)
Nyanyian: Kopratasa
Mereka kata : Mengapa kita tak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu, bermewahan saja
Aku bertanya : Apakah caranya untuk aku kaya?
Bukan kita tak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tak mahu
Tapi kita tak mampu
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu
Ya, telah kaya para pengkhianat
Dengan harta yang sarat
Tapi mereka lupa akhirat
Balasan yang berat
Di dunia
Jiwa bertukar jadi keparat
Ya, telah kaya para pendusta
Syarat mereka lupakan Yang Esa
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan
Kita pun ingin kaya
Ada harta, ada kereta yang istimewa
Ada rumah mewah yang melimpah
Ada hidangan yang bukan sembarangan
Ada duit yang bukan sedikit
Tapi jalannya hendaklah suci
Bukan seperti seorang pencuri
Jika ada jalan yang mulia
Di hujungnya ada harta
Tunjukkan kita, di mana saja (2x)
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa dan pengkhianat negara
Apatah lagi pengkhianat agama..
Tapi jalannya hendaklah suci
Bukan seperti seorang pencuri
Jika ada jalan yang mulia
Di hujungnya ada harta
Tunjukkan kita, di mana saja (2x)
Mereka kata : Mengapa kita tak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu, bermewahan saja
Aku bertanya : Apakah caranya untuk aku kaya?
Untuk aku kaya?
Hehehehe aku kaya.
Nyanyian: Malique feat. M.Nasir
Masih belum sempurna
Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia
Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang
Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu
Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi
Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu
Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku
Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
kata-kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna
Nyanyian: Ahli Fiqir
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!
Tak apa, tak kisah, tak rugi, tak mati, tak ambil peduli
Berserah dan pasrah biar dada didabik, adat pasang turun naik
Didera, dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba, jadi kuli, jadi batu diam diri
Kita tunggu, kita lihat, kita nanti, kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh, diam akur kita mesti patuh
Acuh tak acuh, endah tak endah, buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong, biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka, biar saja
Jangan melawan, jangan membantah, janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata, kita tawa dalam duka
Kecut takut, kalut, kolot, terkunci mulut, terkatup, tertutup
Kalah sabung menang sorak, senduk nasi tinggal kerak
“Dik mari dik”
“Ye kak”
“Nama adik siapa?”
“Mia”
“Adik tahu nyanyi tak?”
“Tahu’
“Mari ikut akak nyanyi sama-sama”
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Tolak tambah kali ganda hitung kira skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah berapa jumlah nilai bangsa
“Kak sekupang ke, dua kupang ke, tiga kupang?”
Sawah sebendang, ladang sebidang, tanah sekangkang, pohon sebatang
Kerana wang, semua hilang, hanya tinggal sehelai sepinggang
Yang Jenin, yang Lebai, yang Pandir, yang Luncai
Yang angannya tinggi, yang dibuai mimpi
Yang sawah terjual, maruah tergadai
Sabar, sabar, sabar, sabar!
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk
Iya-iya, saya-saya, kiri kanan, ikut saja
Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!
Share on Facebook
Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..) Buatlah tak tahu [2x]
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng
Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..) Biarkan berlaku [2x]
Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..) Buatlah tak tahu
Tepuklah.. (tepuklah…) Tepuklah tanganmu
Biarkan..(biarkan..) Biarkan berlaku
Gejala/Isu:
1. Pemanduan Auto (D) bertukar kepada manual (5), (4), (3), (2) atau (1) tanpa mengusik tuil gear.
2. Attention light (Auto) menyala (permanent).
Apa perlu buat: Soft Reset ECU
1. Berhenti dan matikan enjin selama beberapa minit.
2. Turn On suis (bukan hidupkan enjin) dan tekan padel minyak rapat ke lantai selama kiraan 10.
3. Turn Off suis
4. Lepaskan padel minyak.
5. Turn On suis dan terus hidupkan enjin.
Langkah seterusnya: Inspection
1. Pandu Savvy AMT anda ke pusat servis atau bengkel RENAULT yang berhampiran.
2. Jangan pandu ke pusat servis PROTON melainkan Savvy AMT anda masih dalam warranty. *** Mekanik Proton tak dapat membantu. They know nothing about AMT.
3. Jangan biarkan mekanik yang tak biasa dengan enjin RENAULT usik enjin kereta anda melainkan itulah saja pilihan yang ada. Contohnya break down dalam hutan, dan itu sajalah bengkel yang ada.
4. Bawak-bawaklah register dan aktif di forum www.savoc.net
Pening-pening surf internet terjumpa pulak forum silat di CariGold. “Bertikam huruf” sakan pesilat-pesilat yang online. Terasa nak sebut sikit tentang silat ni.
Silat ialah seni mempertahankan diri. Gah lemahnya terpulang kepada Allah. Kalau Allah tak izin, hebat macam mana pun rebah. Tak ada apa nak dibanggakan.
Masa saya belajar silat di kampung dulu, guru saya (dah arwah dah… Alfatihah) pesan,
“Belajaq silat ni bukan buat kelahi. Cuma kalau oghang nak buat kita, sempat la tahan sementara oghang nak mai tulong. Oghang bubuh sepuluh bijik, kena lima jadi la, dapat buang lima. Takdak lah tadah semua. Mana jadi…”
Pada pendapat saya, belajarlah silat apa pun, tapi janganlah mengata silat orang tu teruk lah, silat orang sana cam tak praktikal lah. Nanti kut orang tu tibai kita, kita jatuh, apa dapat? Malu dapat. Sakit pun dapat.
Share on Facebook1. Buka Safari dan masukkan URL YouTube. Takkan tak tau kowt….
2. *Search* video yang hendak dimuat turun
3. *Play* video YouTube tadi sekali lalu.
4. Klik menu Window > Activity

5. Kemudian *expand* YouTube, dan cari fail yang terbesar saiznya (biasanya itulah fail video).
6. Dwi-klik fail tadi dan Save sebagai fail dot flv
7. OK. Itu ajer.
Share on FacebookKekuncinya ialah kombinasi shift + command + 3
Agak memalukan bila dibandingkan dengan PC yang melaksanakan arahan Print Screen dengan hanya menekan SATU kekunci. Terdapat perisian third-party (freeware) yang akan menyimpan clipboard Print Screen sebagai fail imej. Cuma perlu download, setup dan configure.
Share on Facebook